Monday, March 09, 2009

Takkan Melayu hilan di dunia...



l
l
l
l



l
l
l
l

Thursday, March 05, 2009

Satu Jalan, pelbagai destinasi.

Assalamualiakum

Sebagai permulaan, ingin saya canangkan kepada pembaca sekalian segala pendirian dan pegangan yg saya junjung selama ini. Segalanya boleh diibaratkan sebagai atas pagar. Itulah sudut pandangan saya setiap kali berhadapan sesuatu kejadian yg memerlukan saya berfikir secara kritis dan dinamik.

Saya melihat sesuatu perkara dr semua sudut yg boleh diterima. segala info yg ada akan saya analisis dan terjemahkan kepada satu kesimpulan. Kesimpulan yg slalunya tidak akan memihak kepada mana2 puak.

selain itu saya juga akan cuba menguraikan infi2 yg saya kaji dengan mengasingkan kebaikan dan keburukan dr sesuatu kejadian, mencari penyebab dan seterus mencadangkan beberapa penyelesaian yg akan memberikan keputusan 'win-win' atau kompromi.

Antara yg perlu saya bangkitkan disini ialah, cara saya berfikir agak radikal. begitu juga dengan setiap ayat dan kata2 yg saya gunakan. saya memohon maaf terlebih dahulu sekiranya ada pihak yg terasa. tetapi, seperti apa yang saya jelasakn sebelum ini, saya tidak memilih mane2 pihak dan saya akan cuba mengelak dr membuat fitnah atau menghukum mane2 pihak.

berikut merupakan kes2 yg bakal saya bincangkan;

1. Kes ADUN yg dua kali melompat

2. Kes 3 adun membuat lompatan dinamik dan sedang mengalami feeomena yg dipanggil 'jatuhan bebas' dalam ilmu fizik

3. Kes teman tapi "mesra" oleh adun yg menyertai sukan "lompat"

4. Tragedi Coup de' Tat

5. "Beta murka"

6. Kebangkitan era "'Polis'ism" ala2 komunisme

7. Wayang kulit Demokrasi oleh Wok yoh, Shaid, Shamad dan Ateng

8. SPRM, "Saya Pilih Rasuah Murahan"?

9. Negeri Pasir Dua Butir

Begitulah tajuk2 yg akan saya muatkan dlm laman yg bakal menjana byk tenaga dlm neuron anda utk terus berfikir dan menjadikan akal anda sebagai mahkamah anda sendiri. Teruskan mencari kebenaran dn berfikir dengan lebih kreatif, kritikal dan radikal

Wassalam...
Pena Radikal

Wednesday, March 04, 2009

Salam Pena

Julung2 kali saya mengorak jari jemari menekan papan kekunci untuk mencorak kata2 buat pemikir radikal. Terdetik di hati, apakah saluran yg masih ada dlm keadaan yg terus dicanang sebagai demokrasi, tetapi hakikatnya menutup segenap lubang yg ada bg insan seperti saya melempar apa yg kian keras kematu dlm kotak pemikiran saya. Maka inilah wadah nya. wadah perjuangan yg tak kenal erti takut, menjunjung setia perinsip kebebasan bersuara dan memegang teguh tiang teras perlembagaan.

Dengan ada nya satu plantar untuk saya terus menerus mencurah segala idea, persoalan dan kritikan, saya akan canaikan pemikiran pembaca2 sekalian agar terus berfikir dan bertaakul dengan lebih terbuka, bebas, kritikal dan radikal.

Perlulah ditegaskan di sini, bahawa setiap artikal yg bakal disiarkan disini bukan lah bertujuan menghasut mana2 pihak. Artikal ini juga tidak sewenang- sewenangnye mencanang dan menjaja ideology mana pihak yg bertelagah. Dan artikal ini juga, akan dipastikan agar tidak memainkan sentimen2 perkauman dan keagamaan.

Kepada setiap mereka yg mula bosan dan jijik dengan pertelingkahan dua gergasi yg memegang kuasa memerintah negara, inilah alternatif anda. Kami, penulis dan pembaca suratan radikal ini, bukan lagi rakyat yg mudah dipermainkan. Saya seru sekalian alam yg sujud menyembah Allah, dan sekalian manusia yg ditugaskan sebagai Khalifah-Nya di muka bumi ini, jangan bekukan minda anda, jangan khayal dengan persepsi orang yg jahil. Kita warga berinformasi. Kita mencari kebenaran dengan berfikir tanpa ada kekangan pihak lain. Kita berfikir dengan bebas, cerdas, kritikal dan RADIKAL... wAllahua'lam